Sesi persekolahan hampir bermula. Ramai ibubapa sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Pakaian, kasut dan alat tulis selalunya pasti disediakan oleh ibubapa sekarang.
Perbelanjaan menyediakan kelengkapan sekolah ini tentulah amat dirasakan oleh keluarga yang mempunyai anak yang ramai bersekolah. Tak kiralah sekolah rendah ataupun menengah ataupun di pust-pusat pengajian tinggi.
Bantuan RM100 untuk seorang murid atau pelajar yang diterima ibubapa tidak lama dahulu, pemberian oleh kerajaan sudah pasti dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan keperluan sekolah anak-anak itu.
Apa lagi kalau pendapatan keluarga dalam lingkungan RM3000 ke bawah.
Oleh kerana itulah pihak kerajaan akan menyumbang lagi bantuan sebanyak RM500 untuk kelompok yang berpendapatan sedemikian. Bersyukurlah kita kehadrat Ilahi akan rezeki yang diberikanNya kepada kita. Maka seharusnyalah kita semakin bertaqwa dan beriman kepada Allah swt.
Pihak sekolah juga tidak mengenakan bayaran yuran yang tinggi lagi. Perbelanjaan pengurusan sekolah akan disalurkan oleh pihak kerajaan . Ibubapa tidak perlu risau untuk membayar yuran yang tinggi untuk persekolahan anak-anak mereka. Cuma sedikit bayaran tambahan akan diminta dari ibubapa itupun melalui keputusan mesyuarat PIBG sekolah. Disinilah ibubapa sekali lagi perlu memainkan peranan mempengaruhi keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG disetiap sekolah.
Keputusan ini termasuklah membincangkan kecemerlangan akademik dan shasiah anak-anak kita. Perbelanjaan untuk melaksanakan program-program kecemerlangan anak-anak boleh dibincangkan bersama. Cuma diharapakan lebih ramai lagi ibubapa yang datang ke mesyuarat PIBG supaya keputusan mesyuarat dapat dicapai dengan majoriti yang ramai.
Perbelanjaan menyediakan kelengkapan sekolah ini tentulah amat dirasakan oleh keluarga yang mempunyai anak yang ramai bersekolah. Tak kiralah sekolah rendah ataupun menengah ataupun di pust-pusat pengajian tinggi.
Bantuan RM100 untuk seorang murid atau pelajar yang diterima ibubapa tidak lama dahulu, pemberian oleh kerajaan sudah pasti dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan keperluan sekolah anak-anak itu.
Apa lagi kalau pendapatan keluarga dalam lingkungan RM3000 ke bawah.
Pihak sekolah juga tidak mengenakan bayaran yuran yang tinggi lagi. Perbelanjaan pengurusan sekolah akan disalurkan oleh pihak kerajaan . Ibubapa tidak perlu risau untuk membayar yuran yang tinggi untuk persekolahan anak-anak mereka. Cuma sedikit bayaran tambahan akan diminta dari ibubapa itupun melalui keputusan mesyuarat PIBG sekolah. Disinilah ibubapa sekali lagi perlu memainkan peranan mempengaruhi keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG disetiap sekolah.
Keputusan ini termasuklah membincangkan kecemerlangan akademik dan shasiah anak-anak kita. Perbelanjaan untuk melaksanakan program-program kecemerlangan anak-anak boleh dibincangkan bersama. Cuma diharapakan lebih ramai lagi ibubapa yang datang ke mesyuarat PIBG supaya keputusan mesyuarat dapat dicapai dengan majoriti yang ramai.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan