Hai salam sejahtera semua. Mengenai satu artikel yang terdapat di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, tertera tajuk bahawa ramai pasangan muda di Perlis bercerai.
Dari satu segi, penulis setuju perkahwinan muda ini. Almaklumlah " time" sekolah lagi dah ada "makwe" dan "pakwe".. Apalagi dengan bantuan laman muka buku yang sangat popular sekrang ini sehinggakan dibuat lagu oleh kakak Najwa Latif. Senikata dalam lagu itu menerangkan dengan jelas bahawa perkenalan berlaku melalui laman muka buku itu. Yang pasti, tak semua ibubapa tahu perkembangan anak mereka di sini.
Tetapi apalah nak dikata, jika jodoh dah datang awal, daripada buat perkara-perkara tak senonoh, eloklah dinikahkan bebudak ni seawal umur 20han. Duit untuk hantaran dan buat kenduri kahwin bukanlah menjadi masalah besar sekarang ni. Ibubapa yang khuatir akan berlakunya perkara sumbang kepada anak mereka akan meraikan atau menaja majlis perkahwinan. Tugas ibubapa nampaknya hampir selesai.
Selepas berkahwin, suami isteri muda ini pun mudah mendapatkan pekerjaan untuk menyara kehidupan berkeluarga walaupun tak sekolah tinggi. Kalau di Johor Bahru, ramai yang boleh bekerja di Singapura. Jaga kedai buku atau kerja supermarket , pun boleh memberikan pendapatan agak lumayan bila ditukar kepada ringgit Malaysia.
Dit tempat lain juga mudah untuk mendapatkan pekerjaan sekarang ini. Kedai-kedai, restoran-restoran, kilang-kilang dan supermarket ada di mana-mana saja di Malaysia hari ini. Nak atau tak nak saja.. Cuma, upah yang diterima itu sedikit atau pun banyak. Kebiasaanya pula ramai pasangan suami isteri di Malaysia yang bekerja. Seperti lagu yang dinyanyikan oleh Atilia dan pasangan duetnya. Hingga nak dapatkan anak pun kena bincang dulu " time " yang sesuai . Alahai !!!!
Wang yang diperolehi itu rasanya cukup untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Bayar sewa rumah, bil api air dan astro mungkin cukup jika pandai mentadbir kewangan sendiri. Tetapi lama kelamaan terasa juga kos kehidupan yang tinggi untuk ditampung. Masa banyak dihabiskan di tempat kerja dan bila balik rumah terus merehatkan diri. ( tidur mati )
Komunikasi makin berkurangan. Masing-masing pula "berdarah muda" payah untuk menerima teguran dan kalau ada perbincangan pun tak menjadi. Masing-masing menganggap diri mereka betul. Maka berlakulah pertengkaran. Kadang-kadang bersuara dan kadang-kadang senyap. Isteri berkata dalam hati, tugas mencari nafkah itu adalah tugas suami. Masa tinggal dengan mak bapak dia dulu pun, bapak dia saja yang bekerja. Bila isteri bekerja juga, dia pun 'dimand" lah. kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan mengemas rumah mesti juga dibantu suami. Bila suami buat tak tahu saja,maka wajah isteri bertukar masam, tapi lama kelamaan pasti akan menjadi seperti gunung berapi " terpendam " yang tak sabar-sabar akan meletup.
Lebih dasyat lagi, jika pertengkaran itu melibatkan " body contact " ataupun pukul memukul. Inilah kesilapan besar isteri bila dia membenarkan dirinya dipukul oleh suaminya buat pertama kalinya. Tak tahulah kalau ada suami yang kena pukul pulak dek isteri.
Perbuatan ini mungkin akan berulang lagi di masa akan datang, kerana inilah cara mudah suami menghentikan komen-komen dan rasa tidak puashati isteri terhadapnya. Siapakah suami yang boleh memukul isterinya sedangkan makan minum yang diberi suami belum pun menjadi darah daging berbanding dengan ibubapa yang memberi makan dan pakaian sejak dari bayi lagi.
Samada isteri akan mengadu kepada ibubapanya ataupun berdiam diri dengan harapan situasi ini akan berubah, yang pastinya kemanisan hidup berumah tangga itu telah pun tercalar setiap kali melihat foto perkahwinan di dalam album gambar, ataupun foto yang dimuatkan dilaman muka buku.
.... akan datang handphone main peranan lagi bisa.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan