Jumaat, 13 Januari 2012

Bertan-tan ikan mati

  Banyak blog-blog memaparkan kisah ikan mati di utara Norway ini.   Antara blog yang memuatkan berita ini ialah  http://hanifidrus.blogspot.com/2  dan http://zakizakirin.wordpress.com . Ikan air masin yang dimaksudkan  ialah ikan jenis Herring yang mati dengan jumlah yang banyak.  Para saintis melaporkan ikan ini mati mungkin kerana terperangkap dakam air cetek, ataupun termasuk ke dalam air tawar melalui sungai yang berdekatan.  Ada juga yang menyatakan bahawa ikan ini dikejar oleh pemangsa hingga ke persisiran pantai.
   Tetapi mungkin juga satu peringatan kepaad kita dari yang maha Esa tentang ketaqwaan kita kepadaNya.  Apalagi sekarang ini kekejaman yang berlaku di serata dunia dekat dan jauh membuatkan kita kadang-kadang tak mampu melihatnya di kaca-kaca TV. Yang  "  benar " di kelirukan dengan yang " salah "  dan  sebaliknya. Semoga semua umat islam sentiasa mengambil iktibar akan semua peristiwa pelik dan anih yang berlaku  sekarang ini untuk lebih mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan