Ahad, 5 Februari 2012

Maulidur Rasul

 


Assalamualaikum .  Pada tarikh ini,  5 Feb 2012 bersamaan dengan 12 Rabiawal hari ini mengingatkan semua umat Islam seluruh dunia tentang kelahiran jujungan Nabi Muhamaad saw. Majlis diadakan bagi memeriahkan lagi ulangtahun kelahiran  junjungan besar Nabi Muahammad saw walaupun baginda telah lama meninggalkan kita umat manusia ini.
   Dimesjid-mesjid seluruh Malaysia tentunya mengadakan majlis sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar ini.  Lebih meriah lagi jika ada perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhamaad saw.
   Anak-anak kecil pun akan merasai suasana maulidur rasul ini jika ibubapa membawa mereka ke majlis-majlis ini di surau-surau atau mesjid-mesjid. Secara tak langsung ibubapa telah memperkenalkan majlis ini sebagai satu majilis yang amat wajar dihadiri.  Ceramah yang disampaikan pasti akan membantu masyarakat menjalani hidup secara harmoni.
   Jumpa lagi tahun hadapan jika diizinkan Allah. Assalamualaikum wbrt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan