Sabtu, 3 Mac 2012

Buah Fikiran Pendidikan

     Menurut kenyataan Timbalan Perdanan Menteri , Tan Sri Muhyidin Yassin dalam siaran berita TV3 sabtu 8.00 malam 3 Mac 2012 ,  sesiapa warganegara Malaysia yang ingin menyumbang idea mengenai isu pendidikan adalah dialu-alukan.  Beliau berharap idea-idea yang bernas dari sesiapa saja boleh menyumbangkan idea pendidikan di Malysia untuk tampil dan memberi pandangan.
   Nah...apa lagi luahkan apa yang terpendam di lubuk hati para pendidik diseluruh negara.  Samada yang dah confirm maupun belum. Supaya luka tak merebak menjadi nanah seterusnya menjadi pekung yang akhirnya nak menghentam kepimpinan yang memberi gaji lumayan. " Point " betul-betul kepada yang membuat onar dalam pendidikan. Baik rakan sekerja, penolong ketua, ketua atau yang ketua-ketua. Keluarkan apa yang terbuku di hati, apa yang tak puas hati. Di dengar atau tak dengar, itu belakang kira.
   Yang pasti rasa tak puashati pendidik mesti disalurkan dengan bersopan seperti mana harapan pendidik kepada semua pelajarnya yang mahukan pelajar seimbang dari segi emosi, shasiah dan intelektual.
   Bebanan kerja pengkeranian dan keceriaan sekolah memang membebankan guru. Antaranya mengisi sistems saps online atau manual, markah ko kurikulum, mencatat minit mesyuarat, menyediakan pelbagai fail, menyediakan laporan pendokumentasian program-program , menguruskan papan-papan kenyataan, melatih pelajar dalam sukan dan permaianan, mengisi sistem maklumat murid, menguruskan penggunaan perpustakaan, menguruskan kelas dan buku register, AJK Kantin dan lain-lain lagi ....sila tambah jika berminat.
    Huh......... WALLAH HU ALAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan