Khamis, 27 September 2012

Bajet 2013

   Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri hari ini lebih kurang pukul 345 petang.  Apakah perkara yang menjadi topik hangat yang akan menjadi bualan masyarakat dari pelabgai latar belakang ekonomi?

   Mungkin, kakitangan awam akan mengira-ngira bonus, elaun rumah dan bayaran cukai pendapatan. Adakah mereka ini terlalu demand?.  Ini kena tanya penjawat awam di Malaysia.

  Mungkin ada yang tak puas hati. Mungkin ada yang berharap saja dan mungkin ada juga yang akan melentik dan melenting kepada isu-isu yang diberikan nanti.

   Dari segi pihak swasta pula, rasanya mereka akan mengatakan bajet akan menyebelah penjawat awam. Lantaran selepas itu mereka akan membawa isu sama kepada persatuannya pula.  Biasanya lah......

   Apa pun akan berlaku hari ini,  satu hal yang menarik ialah, masyarakt sudah mula memahami " Apa itu Bajet ". Malahan bukan wakil rakyat saja yang dapt membahaskan dan memberi pendapat, pelbagai kumpulan masyarakat lain juga sudah ada meja bulat masing-masing untuk memperdebatkan isu berkaitan.

   Jika ia satu gejala yang memberi manafaat, eloklah diteruskan.  Tetapi jika ia sampai menggangu rutin harian kita atau membuang masa, eloklah kita menumpukan perhatian kepada keluarga dan kebahagian hidup hari ini.

    Sekian,  sekadar menulis..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan