- Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
- Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan
- secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
- “Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
- Menurut beliau, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.
- “Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan,” jelas beliau.
- Katanya, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.
Jumaat, 13 Januari 2012
Di petik dari Harian-Metro-Online...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan