Jumaat, 9 September 2011

Matematik Tambahan --- Tips- tips berguna

Kepada para pelajar tingkatan 5 aliran sains tentu akan menghadapi perperiksaan Matematik Ttambahan kertas 2 pada isnin ini, 12 Sept 2011 dalam peperiksaan percubaan SPM 2011.  Di sini ada beberapa petua yang boleh membantu para pelajar untuk menjawab soalan dengan tenang dan tenteram.  Antaranya : -

    1.  Tuliskan semua formula yang ingin kamu gunakan tetapi tidak ada dalam senarai rumus yang diberikan dalam buku soalan. Antaranya ialah  formula Tan x dan Cot x.


    2.  Senaraikan istilah yang kamu mungkin akan gunakan dalam menjawab soalan Linear Programming atau Permutatioan, atau Probablility Distribution nanti.  Anataranya, maksud  " at least  " ,  " not more than  ", " less than ",  " more than " dan beberapa istilah lagi.


    3.  Pelbagai istilah juga akan digunakan dalam tajuk Motion along Straight Line  Contohnya maksud bagi " zarah berhenti seketika " membawa maksud  v = 0.  Tuliskan seberapa banyak istilah yang kamu tahu.


    4.  Pastikan kalkulator anda dalam  "  mode  "  yang betul dan kalkulator itu mestialah jenis 570  iaitu yang boleh mencari punca  dalam persamaan kuadratik.


    5. Jawab solan yang mudah  dahulu yang kamu yakin boleh menjawabnya dengan betul. Cadangan saya ialah ( Kertas 2 ) soalan Simultaneous Equation, Vector, Linera Law, Trigonometry, Indeks, Coordinate Geometry  dan Probability Distribution..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan