Khamis, 22 Disember 2011

Bayi Berkepala Dua

    Bayi berkepala dua ini khabarnya dilahirkan di Brazil. Bayi yang mempunyai 2 kepala ini  mempunyai 2 otak yang sihat.  Berita ini ada dimuatkan di laman sesawang Harian Metro Online, mynewshubs.my maupun banyak lagi blog-blog yang lain.  Bayi ini dilaporkan sihat dan doktor buat masa ini belum lagi memutuskan untuk membuat pembedahan untuk membuang salah satu kepala bayi ini. Kes yang terpinggir ini iaitu 14 kes untuk 200 tahun memang menjadi perhatian pakar-pakar perubatan seluruh dunia.
  Proses berlakunya kembar siam ini bukanlah menjadi satu perkara yang sukar untuk difahami.  Apabila 1 sperma bersenyawa dengan 1 ovum maka terbentukalah zigot yang akan berkembang menjadi janin.  Dalam proses pembentukannya dan berlakunya replikasi-replikasi gen dan kromosom  dalam DNA atau nukleus, zigot dengan sendirinya akan membahagi dua dirinya sendiri.  Apabila terhasil 2 zigot, maka terjadilah kembar yang dipanggil kembar seiras.  Dinamakan kembar siam kerana anggota badan atau mana-mana bahagian janin tadi melekat diantara satu sama lain. Ataupun terjadi pembahagian sel yang tidak lengkap atau mengalami situasi-situasi lain sehingga terjadinya kembar siam ini. ( Sesungguhnya Allah jua yang maha mengetahui ).
  
 Video di bawah menunjukan pembentukan seorang bayi manusia . 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan