
Gambar di atas diambil dari Harian Metro Online.Tahniah kepada AC Mizal kerana mendapat kurnian Darjah Indera Mahkota Pahang ( DIMP) dalam majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Kurniaan ini seterunya membawa gelaran Datuk kepada AC Mizal.
AC Mizal bukan sahaja mencari rezekinya dengan menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan pengacara yang berkebolehan, tetapi penulis lihat dan perhatikan beliau ini mempunyai karektor yang disenangi ramai. Bahasa yang digunakan walaupun " melawak ", tidak ada menyentuh sentimen-sentimen yang boleh menyebabkan orang lain terguris atau sakit hati. Inilah yang patut dipelajari oleh orang-orang diluar televisyen seperti kita, terutamanya yang bekerja yang mewakili kerajaan atau yang mewakili syarikat-syarikat swasta. Ilmu kemahiran berkomunikasi ini tidak diajar secara formal di sekolah di Malaysia. Maksudnya tidak ada satu matapelajaran khas yang bertajuk Kemahiran Berkomunikasi (.... tingkatan 1 hingga 5...... )
Jadi, dari manakah AC Mizal belajar kemhiran ini. Mungkin juga dari pengalamannya, pergaulannya dan penulis rasa, tentu sekali isterinya memainkan peranan yang besar juga dalam pembentukkan shasiah dan kebolehan besar AC Mizal ini, selain dari ibubapanya. Tahniah juga kepada Datin Emylia Rosnaida. Walaupun ada juga konterevesi yang didengar, tapi dari raut wajah Datuk ini, nampaknya semua perkara boleh diselesaikan.
Tahniah sekali lagi kepada AC Mizal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan