Selasa, 14 Februari 2012

Air Kencing Tikus


           Tikus peliharaan atau dikenali ramai sebagai Hemster turut memberi risiko untuk penyakit Leptospirosis  atau pembawa virus kencing tikus. Rujukan Harian Metro Online  (posted 14 Feb)
           Kenytaan ini dibuat berdasarkan daripada satu kejadian yang menimpa pemilik tikus peliharaan ini yang hilang anggota tangan dan kaki dipercayai akibat terkena kencing haiwan ini.
           Sama-samalah kita mengambil iktibar.

Jumaat, 10 Februari 2012

" On Air " Pembedahan Plastik

  Komen juri On Air membina ke melampau?  Kalau nak
kritik pun biarlah kepada bakatnya atau kebolehan peserta bukan kepada rupa paras dan bentuk badan.  Kalau keadaan fizikal hendak dikritik,  pihak ASTRO hendaklah membuat tapisan awal.  Contohnya meletakan syarat berat peserta mesti kurang 50Kg,  atau muka mesti lawa giler tanpa " make up " dan"  botox ". Tapi kalau sampai mengkritik fizikal seseoarang tu macam dah lari dari tema. Pengacara mesti hansome dan cantik ke?  Cuba semak pengacara rancangan TV cantik dan hansem semua ke?  Ada yang popular dan kaya pun, nampak juga gigi tak rata bila bercakap. Nasiblah ada " make up " nampaklah muda sikit, pada hal umur kejap lagi masuk golongan warga emas. Tapi kalau mengkritik,  macamlah bagus sangat ...lalalala. Muka hensem atau badan kurus kedengkit itu bukan masalah besar." New York" ada " London Weight"  ada. Hampir semua yang keluar hasil rawatan di sini, semuanya lawa-lawa belake. Tapi bakat dan kebolehan.... payah nak cari.....

Ahad, 5 Februari 2012

Happy Birthday Ekin ( 6 Feb 1989 )

Happy Birthday Ekin, Semoga Panjang Umur Murah Rezeki, Tercapai segala Cita-Cita, dan ceria Selalu.



Happy Birthday Mawar ( 2 Feb 1986 )


Happy Birthday Mawar, Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Selalu Ceria, dan Sukses Selalu.






Maulidur Rasul

 


Assalamualaikum .  Pada tarikh ini,  5 Feb 2012 bersamaan dengan 12 Rabiawal hari ini mengingatkan semua umat Islam seluruh dunia tentang kelahiran jujungan Nabi Muhamaad saw. Majlis diadakan bagi memeriahkan lagi ulangtahun kelahiran  junjungan besar Nabi Muahammad saw walaupun baginda telah lama meninggalkan kita umat manusia ini.
   Dimesjid-mesjid seluruh Malaysia tentunya mengadakan majlis sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar ini.  Lebih meriah lagi jika ada perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhamaad saw.
   Anak-anak kecil pun akan merasai suasana maulidur rasul ini jika ibubapa membawa mereka ke majlis-majlis ini di surau-surau atau mesjid-mesjid. Secara tak langsung ibubapa telah memperkenalkan majlis ini sebagai satu majilis yang amat wajar dihadiri.  Ceramah yang disampaikan pasti akan membantu masyarakat menjalani hidup secara harmoni.
   Jumpa lagi tahun hadapan jika diizinkan Allah. Assalamualaikum wbrt

Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26 ( Tahun 2011)

               Lagu yang menjadi juara lagu untuk tahun 2011 telah dimenangi oleh lagu nyanyian Hafiz ciptaan M Nasir dan penulis lirik Budi Hekayat membawa pulang trofi dan wang berjumalah RM35,000.00  Hafiz juga menang vokal terbaik berturut-turut dari tahun sebelumnya.  Tahniah.....
               Lagu yang mendapat tempat ke dua ialah lagu Beribu Sesalan nyanyian Shila Hamzah, Jacylin Victor dan Ning Baizura dengan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM15,000.00
              Lagu di tempat ketiga dimenangi oleh lagu ciptaan Audi Mok dendangan Faizal Tahir yang bertajuk Karma membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.00

Sabtu, 28 Januari 2012

Happy Birthday Ayid ( 29 Jan 1987 )



Semoga panjang umur murah rezeki dan terkabul segala doa dan impian.

Jom Masuk " U "

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2012 ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2012/2013.

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung.
Pada tahun 2012 ini disasarkan lebih 400,000 orang dijangka hadir, lebih tinggi daripada tahun 2011 di 11 lokasi dari bulan Januari sehingga awal April.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012

Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
TarikhLokasi
14 – 15 JanuariPusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 JanuariTerengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 FebruariSunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
11 –12 FebruariSuria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 FebruariStadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
25 – 26 FebruariStadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 MacPort Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 MacPermata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 MacKuala Kangsar, Perak
24 – 25 MacPERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 AprilMINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor

Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency.
Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain.lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2012 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya.  Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
Sumber: eputra


Sumber: Tarikh Dan Lokasi Karnival Jom Masuk U Pengajian Tinggi 2012 | melvister.com /
http://www.melvister.com

Khamis, 19 Januari 2012

Renungkan.... Siapa Kita di Bumi sendiri.


Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik
Utusan Malaysia , 18 Jan 2012
SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang.
Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, “Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu.
Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain.”
Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.
Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.
Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini.
Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT.
Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter ‘Tidak Halal’ untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam.
Bagaimana tahap kesuciannya? Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian. Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.
JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak
......Harian Metro Online

Selasa, 17 Januari 2012

Batu Bersurat di Muziun Terengganu


Batu bersurat ini dianggarkan berusia 700 tahun dengan sekaligus mencatatkan bahawa Islam telah datang ke Malaysia 700 tahun lalu.  Tulisan yang terpahat dibatu ini ialah tulisan Jawi yang menurut ceitanya di tulis oleh seorang Raja, mengenai undang-undang seorang Raja ( wikipedia ) . Batu ini mengandungi 4 muka surat yang ditulis dlam Bahasa Melayu lama.

Ahad, 15 Januari 2012

Cara Belajar Berkesan

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV

  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]


  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]
...............................................................................................

Jumaat, 13 Januari 2012

Di petik dari Harian-Metro-Online...


  1.  Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
  2. Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan 
  3. secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
  4. “Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
  5. Menurut beliau, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.
  6. “Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan,” jelas beliau.
  7. Katanya, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.

Bertan-tan ikan mati

  Banyak blog-blog memaparkan kisah ikan mati di utara Norway ini.   Antara blog yang memuatkan berita ini ialah  http://hanifidrus.blogspot.com/2  dan http://zakizakirin.wordpress.com . Ikan air masin yang dimaksudkan  ialah ikan jenis Herring yang mati dengan jumlah yang banyak.  Para saintis melaporkan ikan ini mati mungkin kerana terperangkap dakam air cetek, ataupun termasuk ke dalam air tawar melalui sungai yang berdekatan.  Ada juga yang menyatakan bahawa ikan ini dikejar oleh pemangsa hingga ke persisiran pantai.
   Tetapi mungkin juga satu peringatan kepaad kita dari yang maha Esa tentang ketaqwaan kita kepadaNya.  Apalagi sekarang ini kekejaman yang berlaku di serata dunia dekat dan jauh membuatkan kita kadang-kadang tak mampu melihatnya di kaca-kaca TV. Yang  "  benar " di kelirukan dengan yang " salah "  dan  sebaliknya. Semoga semua umat islam sentiasa mengambil iktibar akan semua peristiwa pelik dan anih yang berlaku  sekarang ini untuk lebih mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Wallahualam...

Isnin, 2 Januari 2012

Kucing - Collage



Comelnya...........Posted by Picasa

Ahad, 1 Januari 2012

Sejarah Awal Malaysia.

     

       
               View more presentations from zaharismktd.

Zaman pra sejarah

         View more presentations from suthan303 

Kalau Toilet lelaki dan Perempuan bersebelahan


   Kalau dah dapat idea dan ingatan,  maka berhati-hatilah...... .

Khamis, 29 Disember 2011

METEMATIK KAH INI?

  Beberapa tahun yang lama dahulu, ada orang mengatakan matematik ini susah betul.  Dikatakan pelajar Cina mudah menguasai pelajaran ini di sekolah kerana kaum ini telah melibatkan matematik ini dalam kehidupannya sejak dari kecil lagi.
  Kaum Cina di Malaysia memang sinonim dengan bidang perniagaan yang diwarisi turun temurun. Bidang ini melibatkan wang yang tentunya menggunakan sisitem pernomboran dalam urusniaga. Termasuk penggunaan mesinkiranya yang dipanggil  " sampoa " .  Mesinkira ini memudahkan operasi tambah dan tolak dalam urusan perniagaan mereka.
  Sejauh mana kebenarannya, terpulang kepada kita yang membuat pemerhatian.  Ada banyak cara untuk memudahkan pengiraan sekarang ini.  "  Calculator ",  dan  perisian " Microsoft Excell " memang sangat membantu dalam pelbagai urusan yang melibatkan pengiraan.  Mungkin ada mesin-mesin atau alat-alat lain lagi yang telah dicipta untuk mempercepatkan proses pengiraan.
  Tetapi video dibawah ini mungkin juga boleh membantu pengiraan jika kita kehilangan  "calculator ".  Mari kita saksikan....... Best............


Rabu, 28 Disember 2011